Setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk menghilangkan keresahan dirinya. Keresahan yang timbul dari segala macam ragam yang terpaksa dihadapinya malahan ada kalanya kerana salah sendiri.
Beban-beban perasaan yang wujud andai tidak dileraikan pasti akan mengundang tekanan yang berat jika tidak dihilangkan.
Bagi saya, tindakan yang boleh menghilangkan segala macam keresahan selain dari membaca al-quraan adalah dengan meluahkan melalui tulisan-tulisan sebegini. Ya, tujuan saya menulis bukanlah kerana sesiapa, tapi kerana saya sendiri. Mungkin ada perkara yang anda rasakan boleh dikongsi, saya amat mengalu-alukan tindakan tersebut.
Leave a comment