Feeds:
Posts
Comments

Dalam hidup kita ini, seringkali juga perasaan ini datang menjenguk kita. Salah dan silap adalah lumrah biasa kita di alam ini. Insan yang kita rasakan hebat hari ini pun tak mungkin tidak pernah melakukan sebarang kesilapan dalam hidupnya itu. Keharmonian sebuah keluarga yang kita dapat lihat hari ini juga mustahil tidak pernah berlaku salah faham mahupun terlanjur bicara. Semua ini membuktikan betapa sukarnya diri manusia untuk berlepas diri dari kesalahan dan kesilapan dalam hidupnya itu.

Ada sesetengah manusia yang tidak menyedari akan kesilapan yang dilakukannya itu. Ada juga yang buat-buat tak tahu. Bahkan ada juga yang menyedari tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyatakan rasa bersalahnya itu. Secara mudahnya mereka seolah-olah keliru dengan diri mereka sendiri. Mungkin juga rasa ego itu menyebabkan dirinya sukar untuk meminta maaf.
Semua ini adalah gambaran yang wujud tatkala timbulnya rasa bersalah. Lebih mengusutkan keadaan apabila kita tersalah memilih tindakan yang sepatutnya.

Continue Reading »

Setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk menghilangkan keresahan dirinya. Keresahan yang timbul dari segala macam ragam yang terpaksa dihadapinya malahan ada kalanya kerana salah sendiri.

Beban-beban perasaan yang wujud andai tidak dileraikan pasti akan mengundang tekanan yang berat jika tidak dihilangkan.

Bagi saya, tindakan yang boleh menghilangkan segala macam keresahan selain dari membaca al-quraan adalah dengan meluahkan melalui tulisan-tulisan sebegini. Ya, tujuan saya menulis bukanlah kerana sesiapa, tapi kerana saya sendiri. Mungkin ada perkara yang anda rasakan boleh dikongsi, saya amat mengalu-alukan tindakan tersebut.

Ainul Mardhiahku

Mungkin anda pun pernah mengalaminya. Atau mungkin juga detik yang anda rasakan itu jauh lebih perlahan berbanding apa yang sedang saya alami.

Kita boleh sahaja memberikan justifikasi yang berbagai untuuk setiap keadaan yang kita lalui. Semakin besar ruang untuk setiap detik beranjak semakin penting sesuatu hal itu di dalam hidup kita.

RESAH & GELISAH

Seringkali dua rasa inilah yang akan melingkari kita tatkala masa yang berlalu itu terlalu perlahan pergerakannya. Fikiran yang berkecamuk sukar untuk meredakan perasaan yang berdua ini. Rupanya terlalu intim kedua ‘rasa’ ini melingkari ruang lingkup waktu. Continue Reading »

Mahu Jadi Penulis?

Entah ini kali yang ke berapa aku berangan-angan begini. Tapi seingat aku ini dah masuk kali yang ketiga aku berusaha untuk melibatkan diri secara khusus dalam bidang penulisan. Aku berhajat akan memulakannya dalam bidang penulisan novel.

Ya Tuhan, bantulah hamba ini dalam urusan yang menjadi impiannya itu.

Koleksi Video

Salam. Untuk melihat koleksi video, sila ke ruangan berikut

http://islamnetwork.wordpress.com/

 

Sekian.

Mohd Zalizam Razali

Ada Apa Pada Nama?

Sehingga ke hari ini, aku masih tercari-cari akan maksud nama yang diberikan kepada diriku. Entah apa yang difikirkan oleh mereka yang telah memberikan namaku itu, kekadang rasa kecewa bila nama sendiri tidak ada makna yang khusus, namun apapun tetap aku syukuri jua di atas pemberian itu. Terima kasih ibu ayah…….

 Ada apa pada nama?

Kekadang memberikan makna yang amat bernilai kekadang ianya tidak membawa erti apapun….

Maksud saya kalau ia dikaitkan dengan seseorang akan nampaklah kita kewujudan postif dan negatifnya ia.