Mungkin anda pun pernah mengalaminya. Atau mungkin juga detik yang anda rasakan itu jauh lebih perlahan berbanding apa yang sedang saya alami.
Kita boleh sahaja memberikan justifikasi yang berbagai untuuk setiap keadaan yang kita lalui. Semakin besar ruang untuk setiap detik beranjak semakin penting sesuatu hal itu di dalam hidup kita.
RESAH & GELISAH
Seringkali dua rasa inilah yang akan melingkari kita tatkala masa yang berlalu itu terlalu perlahan pergerakannya. Fikiran yang berkecamuk sukar untuk meredakan perasaan yang berdua ini. Rupanya terlalu intim kedua ‘rasa’ ini melingkari ruang lingkup waktu.
Apa yang sedang saya dan saudara rasai itu merupakan sebahgian daripada fitrah yang telah Allah berikan kepada kita. Kita mengharapkan detik itu berlalu dengan cepat. Namun takdir Allahlah yang akan menentukan segala-galanya….
Hanya mampu menunggu dan berdoa untuk segala-galanya ini cepat berlalu.
Leave a comment